Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melancarkan Skim Al-Hanan, yang merupakan skim khairat kematian MAIDAM untuk para pembayar zakat yang menunaikan zakat hartanya kepada MAIDAM. Skim ini bakal memberikan manfaat kepada pembayar zakat harta serta warisnya.
Kadar bayaran skim adalah sebanyak berikut:-
JUMLAH BAYARAN ZAKAT | KADAR SKIM |
---|---|
RM1,000.00 dan ke atas | RM2,000.00 |
RM5,000.00 dan ke atas | RM3,000.00 |
RM10,000.00 dan ke atas | RM5,000.00 |
Untuk maklumat lanjut, para pembayar zakat bolehlah berhubung terus dengan pejabat MAIDAM yang berhampiran di seluruh negeri Terengganu.