TAHUN TAKSIRAN | 1446 Hijrah |
BULAN | Syawal |
KADAR NISAB | RM 29,376.08 |
---|---|
HARGA 1 GRAM EMAS | RM 345.6 |
Info Zakat Simpanan
PENERANGAN:
Orang Islam yang mempunyai simpanan wang simpanan di mana-mana tempat/institusi kewangan yang melebihi nisab dan mencukupi satu tahun simpanan
KAEDAH PENGIRAAN :
1) Bagi simpanan tetap setelah cukup haul simpanan iaitu 354 hari dan / atau mencukupi nisab (RM 29,376.08) wajid dikeluarkan zakat
2) Bagi simpanan biasa pula, ia adalah berdasarkan jumlah baki tersebut terendah satu tahun atau berapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu bilakah bermula dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
Misalnya:
Baki terendah bagi tahun 2023 adalah RM 30,000.00 = RM 30,000.00 * 2.5 % = RM 750.00
(Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM 750.00)
(Andaian Nisab pada tahun 2023 adalah RM 24,066.63)
3. Sekiranya ada pertambahan yang cukup setahun, maka WAJIB dikeluarkan zakat.