Info Wakalah

APA ITU WAKALAH?

Wakalah bermaksud dasar pengembalian wang zakat oleh MAIDAM kepada individu / entiti pembayar zakat atau majikan Potongan Zakat Berjadual (PZB) sebagai wakil untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

KATEGORI WAKALAH

BIL KATEGORI KRITERIA HAD BAYARAN MINIMUM TAHUNAN (RM) KADAR
1. Individu Membayar semua jenis zakat kecuali Fitrah
Agihan kepada asnaf sinf fakir /miskin SAHAJA
1,000 2/8 bahagian @ 25%
2. Organisasi Membayar semua jenis zakat kecuali Fitrah
Agihan kepada asnaf sinf fakir /miskin dan fisabilillah
1,000 3/8 bahagian @ 37.5%
3. Majikan Pembayar zakat skim Potongan Zakat Berjadual (PZB) 20,000 3/8 bahagian @ 37.5%

SYARAT SYARAT KELAYAKAN DAN TERMA

  1. Syarat-syarat Am
    1. Hanya pembayar zakat harta sahaja dibenarkan untuk memohon wakalah.
    2. Tempoh permohonan wakalah adalah bermula pada tarikh bayaran dibuat sehingga 30 April tahun berikutnya.
      Contoh:
      1. Tarikh Bayaran : 20 Februari 2023 (Tahun 2023 adalah tahun bayaran mengikut kalendar masihi) Tarikh Akhir Permohonan Wakalah : 30 April 2024
      2. Tarikh Bayaran : 1 Januari 2024 (Tahun 2024 adalah tahun bayaran mengikut kalendar masihi) Tarikh Akhir Permohonan Wakalah : 30 April 2025
    3. Permohonan boleh dibuat setelah mencukupi kadar had minima bayaran tahunan sebagaimana Jadual 1.
    4. Permohonan tidak boleh dibuat sekiranya wakalah terdahulu belum diselesaikan
    5. Permohonan wakalah bagi majikan PZB hanya boleh menuntut sekali sahaja setahun.
      Contoh: Pembayaran kakitangan melalui PZB bagi tahun 2023 boleh dimohon untuk Wakalah Majikan sekali sahaja bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
    6. Tempoh pengagihan zakat adalah tidak lebih dari enam (6) bulan daripada tarikh penerimaan wakalah. Walaubagaimanapun, sekiranya lanjutan masa diperlukan ia tertakluk kepada persetujuan MAIDAM setelah permohonan dibuat.
    7. Wakalah yang diterima hendaklah menjadi kewajipan kepada pemohon untuk mengagihkannya tanpa dikembalikan semula kepada MAIDAM.
  2. Tanggungjawab Pemohon
    1. Pemohon hendaklah memastikan agihan bukanlah bersifat untuk mendapatkan semula sebarang faedah atau keuntungan daripada pembayaran dan bukan untuk kegunaan peribadi atau syarikat.
    2. Pemohon hendaklah memastikan segala maklumat/dokumen yang diisi atau diberikan adalah benar dan tepat.
    3. Pemohon hendaklah bertanggungjawab memastikan penerima zakat yang diagihkan adalah tergolong dalam kalangan asnaf fakir dan miskin dan fisabilillah dan perlu bertanggungjawab atas agihan berkenaan.
    4. Pemohon perlu memastikan bahawa individu yang diamanahkan untuk menguruskan wakalah bagi pihak organisasi/majikan PZB adalah orang yang diberi kuasa dan berkemampuan melaksanakan tugasan
PROSEDUR PERMOHONAN WAKALAH
  1. Permohonan wakalah oleh pembayar atau majikan PZB boleh dilaksanakan secara dalam talian online melalui pautan https://ezakat.maidam.gov.my.
  2. Permohonan wakalah daripada organisasi/majikan PZB hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:
    1. Objektif Agihan
    2. Kaedah pemberian (secara tunai atau barangan / secara one off atau berkala)
    3. Sasaran penerima (seperti pelajar, golongan nelayan dan lain-lain)
    4. Jangkaan impak kepada:
      1. penerima
      2. MAIDAM
AGIHAN WAKALAH

Agihan hendaklah dilakukan kepada individu sahaja berdasarkan syarat-syarat berikut;

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap.
  3. Bukan dibawah tanggungan nafkah sendiri termasuk ibu/bapa.
  4. Pendapatan keluarga atau individu tidak melebihi Had Kifayah. Namun begitu perkara C dan D tidak tertakluk kepada agihan fisabilillah
KATEGORI ASNAF

Fakir, Miskin dan Fisabilillah

BENTUK AGIHAN
  1. Agihan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk tunai atau barangan atau kedua – duanya sekali.
  2. Boleh diberi secara terus atau secara berkala tetapi tidak melebihi tempoh yang ditetapkan sebagaimana syarat di atas.
  3. Bentuk program agihan yang dibenarkan :
BIL KATEGORI ASNAF SKIM AGIHAN
  1. Fakir / Miskin Bantuan Tunai Bantuan Baik Pulih Rumah Bantuan Perubatan Bantuan Pembelian Rumah Bantuan Perubatan Bantuan Sewa Rumah Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan Bantuan Persekolahan Bantuan Makanan Bantuan Bina Baru Rumah Bantuan Pembelian Rumah
  2. Fisabilillah Program / Bantuan Bagi Maksud Pendidikan
PANDUAN ASAS PENGIRAAN KIFAYAH (FAKIR & MISKIN)

Rujuk kalkulator kifayah https://app3.maidam.gov.my/kifayah